Wednesday, September 23, 2020

Ketokohan Dalam Ilmu Hadith Terkenal, Syeikh Prof. Dr. Nuruddin Meninggal Dunia



Dukacitanya dimaklum bahawa tokoh ulama Al-Imam al-Allamah al-Muhaddits al-Ushuli al-Mufassir as-Syekh Prof. DR. Nuruddin 'Itr Al-Hasani al-Hanafi telahpun kembali ke rahmatullah semalam, pada hari Rabu 23 September 2020 bersamaan 5 Safar 1442 Hijrah.

Beliau dilahirkan di Syria pada tahun 1937 dan telah bergurukan dengan beberapa guru yang terkenal, antaranya ialah Syeikh Muhammad Muhyiddin 'Abd al-Hamid, Syeikh Mustafa Mujahid dan Syeikh Abdullah Sirajuddin.

Menerusi Twitter Menteri Agama pagi ini, Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri mengatakan yang dirinya terkejut dengan pemergian tokoh ulama dan juga ahli hadith terkenal itu. Semoga Allah merahmati pemergiannya dan ditempatkan di kalangan para solihin dan ulama. 


+ Baca respon pemergian seorang tokoh ulama di Facebook Oh! Media.

Apa pandangan anda tentang perkara ini? sila komen di bawah ye! Terima Kasih!!!!
Sumber: Oh! Media

No comments:

Post a Comment