Sunday, September 27, 2020

Kluster Setapak Dikenal Pasti, Ada Sejarah Perjalanan Ke Sabah


Nampaknya penyebaran Covid-19 sudah mula kembali ke semenanjung selepas banyak kes berlaku di Sabah. Perkara ini disahkan KMM yang telah mengenal pasti Kluster Buang Sayang dan Kluster Kampung Sakong di Sabah.

Dr Noor Hisham dalam kenyataannya menyatakan yang kluster Buang Sayang dikenal pasti di Sipitanh, Sabah dengan pembabitan kes indeks ke-10,265.

Kes mempunyai sejarah perjalanan ke Sipitang, Sabah dari 7 hingga 20 September lalu dan mula mengalami gejala demam, selesema dan sakit tekak pada 19 September sebelum dimasukkan ke pusat perubatan dan disahkan positif Covid-19, 20 September lalu.

Susulan itu, pengesanan kes secara aktif dan saringan kontak rapat dijalankan. Sehingga kini seramai 10 individu sudah disaring, empat daripadanya positif dan enam masih menunggu keputusan.
- Katanya.

Kluster Setapak juga dikesan menerusi kes indeks ke-10,689 dan pesakit mempunyai sejarah perjalanan ke Tawau dan Semporna, Sabah pada 17 hingga 20 September lalu.

Kes mula mengalami gejala demam, batuk, sakit tekak, sakit otot dan cirit-birit sejak 21 September sebelum dimasukkan ke pusat perubatan pada 25 September sebelum disahkan positif Covid-19. - Katanya lagi.

Pesakit kini sedang dirawat di Hospital Sungai Buloh dan 2 lagi kes dikesan adalah rakan serumah.

Sebelum ini juga Sunway Pyramid turut mengesahkan yang seorang pekerja Nike telah dikesan mempunyai Covid-19 dan segala langkah pencegahan telah diambil.

Ohmedia nak ingatkan korang sentiasa berhati-hati dan hanya keluar rumah bila perlu.

Apa pandangan anda tentang perkara ini? sila komen di bawah ye! Terima Kasih!!!!
Sumber: Oh! Media

No comments:

Post a Comment