Friday, September 25, 2020

Lelaki mati akibat renjatan elektrik, guna handphone yang sedang dicas sambil pasang earphone

Seorang lelaki berusia 23 tahun meninggal dunia ketika bermain telefon bimbit yang sedang dicas. 


Kejadian itu berlaku pada jam 4 petang Rabu (23/9/2020) di rumah sewanya di Desa Tobat, Kecamatan Balaraja, Kabupaten Tangerang, Indonesia. 


Mangsa, Muhammad Khoirul Anwar ditemui dalam keadaan sudah tidak bernyawa oleh orang tuanya, Draip, yang ketika itu baru pulang dari kerja.


Sebaik saja masuk ke dalam rumah, Draip ternampak anaknya berada dalam keadaan terlentang dan mengalami luka terbakar dengan tangannya yang masih memegang telefon bimbit sambil memakai fon telinga. 


Telefon bimbit yang dipegang Khoirul juga masih bersambung dengan kabel pengecas. Draip cuba mencabut alat pengecas itu tetapi terkejut apabila badannya mengalami renjatan kecil. 


Setelah berulang kali mencuba, akhirnya Draip berjaya mencabut alat pengecas tersebut dan dia kemudian memaklumkan kejadian itu kepada pihak polis. 


Ketua Polis Daerah Balaraja, Kuslantoro berkata, pihaknya mendapati mangsa sudah meninggal dunia di kediamannya dan pemeriksaan di lokasi kejadian tidak menemui sebarang unsur jenayah. 


Orang tua mangsa juga redha dengan apa yang berlaku dan menganggap kematian anaknya adalah takdir serta meminta pihak berkuasa tidak menjalankan bedah siasat terhadap mayat mangsa. 


Mayat mangsa kemudian dibawa ke Pemalang, Jawa Tengah dengan menggunakan ambulans untuk urusan pengebumian. 


Sumber: Suara.com


Apa pandangan anda tentang perkara ini? sila komen di bawah ye! Terima Kasih!!!!
Sumber : thereporter.my

No comments:

Post a Comment