Monday, September 28, 2020

Liverpool Menang Lagi, Arsenal Mangsa Terbaru

Liverpool meneruskan rentak kemenangan supaya dapat mengekalkan kejuaraan Liga Perdana Inggeris. Kali ini mereka berjaya menundukkan Arsenal 3-1 dalam perlawanan yang berlangsung di Anfield awal pagi tadi. Ini merupakan kemenangan ketiga Liverpool dalam liga selepas menewaskan Leeds dan Chelsea sebelum ini.


Walaubagaimanapun, Arsenal terlebih dahulu menjaringkan gol menerusi Lacazette pada minit ke- 25 selepas beliau memanfaatkan kesilapan Roberston yang gagal mengeluarkan bola dengan baik di dalam kotak penalti. Tersentak dengan jaringan itu, Liverpool kembali menyamakan kedudukan 3 minit kemudian hasil jaringan Sadio Mane.


Andrew Robertson berjaya menutup kesilapan beliau selepas menjaringkan gol kedua Liverpool pada minit ke-34. Pemain baru The Reds, Diego Jota mencetak gol ketiga tuan rumah pada minit ke-88 untuk pastikan kemenangan bergaya Liverpool di tempat sendiri.

OHMEDIA : LIVERPOOL BERJAYA KEKALKAN REKOD KEMENANGAN SEMENJAK SAINGAN LIGA BERMULA

+ Baca respon pembaca Liverpool menang lagi, Arsenal mangsa terbaru di Facebook Oh! Media 


Apa pandangan anda tentang perkara ini? sila komen di bawah ye! Terima Kasih!!!!
Sumber: Oh! Media

No comments:

Post a Comment