Friday, September 25, 2020

OKT lari dengan boyfriend diberkas!

Wanita yang melarikan diri dengan teman lelakinya setelah selesai sebutan kes di Mahkamah Raub 14 September lalu, berjaya ditahan polis. 


Ketua Polis Daerah Superintendan Kama Azurai Mohamed berkata, suspek ditahan bersama teman lelakinya dalam serbuan yang dibuat pada jam 9 malam di rumah rakan suspek di Kampung Gali Hilir, semalam. 


Polis turut merampas motosikal yang digunakan teman lelaki suspek untuk melarikan diri dari tahanan polis. 


Saidatina Aida Sahabudin, 23, dan teman lelakinya ditahan mengikut Seksyen 224 Kanun Keseksaan dan Seksyen 225 Kanun Keseksaan. 


Dalam kejadian 14 September lalu, Saidatina dalam keadaan tangannya bergari melompat ke atas motosikal teman lelakinya yang secara tiba-tiba berhenti di sebelah lori polis. 


Pasangan itu kemudian memecut melarikan diri dari lokasi dan bersembunyi di rumah seorang rakannya yang juga mempunyai rekod penyalahgunaan dadah. 


Sumber: Utusan


LAPORAN BERKAITAN


Apa pandangan anda tentang perkara ini? sila komen di bawah ye! Terima Kasih!!!!
Sumber : thereporter.my

No comments:

Post a Comment