Tuesday, September 29, 2020

Oppo A93 Bakal Hadir Dengan Cipset MediaTek Helio P95


Pasti ramai yang sukakan telefon pintar Oppo disebabkan kamera selfie'nya yang boleh membuatkan korang semua jadi flawless, kah! Kalau korang nak tahu, Oppo Malaysia mungkin akan bawa masuk Oppo A93 di pasaran Malaysia tidak lama lagi.



Oppo A93 ini didatangkan dengan skrin sebesar 6.43 inci Super AMOLED bersama 1080x2400 pixel. Untuk cip pemprosesan, ia dikuasakan dengan cip MediaTek Helio P95 dengan memori 8GB RAM dan storage sebesar 128GB. 

Untuk kamera utama, ia dilengkapi dengan quad-kamera iaitu 48 megapixel sensor utama + 8 megapixel ultrawide + 2 megapixel kedalaman + 2 megapixel makro. Untuk kamera depan pula hadir dengan dwi-kamera iaitu 16 megapixel + 2 megapixel. 

Jangan lupa untuk stay tuned di laman web rasmi Oppo untuk tahu lebih lanjut mengenaintelefon pintar terbaru mereka ni gais.


+ Baca respon pembaca telefon pintar Oppo terbaru di Facebook Oh! Media.

Apa pandangan anda tentang perkara ini? sila komen di bawah ye! Terima Kasih!!!!
Sumber: Oh! Media

No comments:

Post a Comment