Friday, September 25, 2020

Oppo Lancarkan Smart Watch Di Malaysia Bermula RM899


Dah ada pelbagai jenama telefon pintar yang turut membuat Smart Watch. Kalau korang nak tahu, Oppo juga telah keluarkan Smart Watch yang dipanggil Oppo Watch. Jam tangan pintar mereka itu telahpun dilancarkan di pasaran Malaysia gais. 


Oppo Watch ini didatangkan dengan dua pilihan saiz iaitu 41mm dan 46mm yang menggunakan AMOLED. Ia menggunakan pemprosesan Snapdragon Wear 2100 dan juga Micro Apollo 3 Wireless. Untuk bateri, kedua-duanya berbeza mengikut saiz skrin. Bagi 41mm, ia hadir dengan bateri sebesar 300mAh dan 46mm hadir dengan 430mAh.

Sudah tentu yang Oppo Watch ni mempunyai sistem yang akan memantau kesihatan korang. Bagi yang berminat, korang dah boleh membuat pratempahan untuk dapatkan Oppo Watch 41mm pada harga RM899 dan untuk yang 46mm pada harga RM1,299 sekarang gais.

Kredit: Oppo Malaysia 

+ Baca respon pembaca jam pintar Oppo di Facebook Oh! Media.

Apa pandangan anda tentang perkara ini? sila komen di bawah ye! Terima Kasih!!!!
Sumber: Oh! Media

No comments:

Post a Comment