Thursday, September 3, 2020

Pelakon The Batman Positif Covid-19


Menurut laporan Bernama, pelakon Hollywood yang dikenali sebagai Robert Pattinson memegang watak hero dalam filem Twilight dan The Batman dilaporkan dijangkiti dengan pandemik Covid-19.

Walaubagaimanapun, Vanity Fair melaporkan bahawa sesi penggambaran bagi filem The Batman itu terpaksa ditangguhkan buat sementara waktu kerana Robert telah disahkan positif Covid-19 dan beliau kini dikuarantin mengikut protokol yang sudah ditetapkan.

Kalau nak tahu, sesi penggambaran bagi filem arahan Matt Reeves ini bermula sejak bulan September pada tahun lalu dan ia ditangguhkan sehingga bulan Mac 2020 disebabkan pandemik Covid-19.

Robert Pattinson merupakan seorang pelakon yang pernah popular dalam filem Twilight memegang watak sebagai Edward Cullen bersama bekas kekasihnya, Kristen Stewart.

OHMEDIA: SEMOGA CEPAT SEMBUH!

Kredit: Bernama

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.




Apa pandangan anda tentang perkara ini? sila komen di bawah ye! Terima Kasih!!!!
Sumber: Oh! Media

No comments:

Post a Comment