Saturday, September 26, 2020

PM Beri Jaminan Semua Janji Di Sabah Akan Digerakkan Segera


Akhirnya rakyat Sabah sudah memilih untuk menukar kerajaan apabila parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS) telah berjaya mendapatkan jumlah kerusi yang cukup untuk memegang Sabah.

Dalam pada itu, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang turut bersama-sama membantu kempen GRS mengucapkan tahniah dan memberi jaminan GRS akan mendapat sokongan padu daripada Kerajaan Persekutuan.

Tidak cukup dengan itu, semua aku janji yang dibentangkan sepanjang kempen juga akan ditunaikan dengan segera.

Saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan setinggi tahniah kepada semua calon terpilih menjadi wakil rakyat bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Sabah dan diharap mereka akan mengambil ini sebagai suatu tanggungjawab dan amanah yang harus dipikul sebaiknya.

Inilah masa anda memulakan tugas sebagai wakil dipilih dengan secara berintegriti, amanah dan berdedikasi serta melaksanakan semua yang kita janjikan dalam aku janji yang kita janjikan," katanya berhubung kemenangan GRS pada PRN Sabah yang disiarkan secara langsung malam ini.
- Katanya.

Jadi, macam mana rakyat Sabah? Anda sudah memilih dan sekarang kita hanya perlu lihat hasilnya.

Apa pandangan anda tentang perkara ini? sila komen di bawah ye! Terima Kasih!!!!
Sumber: Oh! Media

No comments:

Post a Comment