Wednesday, September 2, 2020

'Ratu Gedik' & 'Ratu Dangdut' ditahan pihak berkuasa Kelantan dalam Ops Noda Khas


Hasrat 20 individu berhibur di pusat karaoke dangdut terbantut apabila pihak berkuasa menyerbu premis itu pada tengah malam tadi. 

Premis tersebut yang merupakan sebuah restoran yang terletak di pinggir Kota Bharu itu dihadiri 11 lelaki dan 12 wanita yang sedang asyik mengikuti satu pertandingan nyanyian.

Salah seorang daripadanya merupakan bekas peserta siri realiti televisyen yang dibawa oleh penganjur untuk menjadi juri pertandingan. Malah, pertandingan itu juga disertai wanita warga emas. 

Pertandingan itu menawarkan hadian berupakan hamper mengikut kategori Ratu Gedik, Ratu Dangdut dan Penyanyi Lelaki Terbaik. 

Pemeriksaan mendapati, penganjuran pertandingan itu dilakukan tanpa lesen dan diarahkan berhenti serta-merta. 

Serbuan Ops Noda Khas itu dilakukan dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia, Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandaraya Islam dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan. 

Polis turut menahan pemilik kedai yang juga merupakan penganjur pertandingan itu serta merampas peralatan karaoke. 

Kesemua individu terbabit dikompaun mengikut Peraturan 10 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu dengan menaiki trak untuk tindakan lanjut. 

Difahamkan, empat dari 12 wanita yang ditahan itu juga dikenakan tindakan kerana tidak berpakaian sopan serta menutup aurat. 

Sumber: MalaysiaKini


Apa pandangan anda tentang perkara ini? sila komen di bawah ye! Terima Kasih!!!!
Sumber : thereporter.my

No comments:

Post a Comment