Monday, September 21, 2020

Remaja 17 tahun maut dilanggar pemandu mabuk



Lagi kes melibatkan pemandu mabuk. Seorang remaja berusia 17 tahun maut akibat dirempuh pemandu yang memandu di bawah pengaruh alkohol, awal pagi Selasa (22/9/2020). 

Dalam kejadian yang berlaku pada jam 3 pagi di Jalan Raja Laut, mangsa yang dikenalpasti sebagai Hakimi Romli, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala. 

Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkifly Yahya berkata, kereta yang dipandu suspek berusia 36 tahun itu menukar haluan secara tiba-tiba untuk masuk ke lorong lain.

Mangsa yang menunggang motosikalnya tidak sempat mengelak lalu melanggar pintu sisi kereta tersebut. 

"Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di bahagian kepala," katanya. 

Ujian Evidential Breath Analyzer (EBA) yang dijalankan terhadap pemandu itu mendapati dia berada di bawah pengaruh alkohol. 

Suspek direman selama empat hari untuk disoal siasat mengikut Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. 

Sumber: Harian Metro

Apa pandangan anda tentang perkara ini? sila komen di bawah ye! Terima Kasih!!!!
Sumber : thereporter.my

No comments:

Post a Comment