Friday, September 25, 2020

'Salam kak, hantar gambar bo....' - Minta gambar tak senonoh, ini respon Adibah Noor

Media sosial sewajarnya digunakan untuk tujuan yang baik. Tetapi ada segelintir individu menyalahgunakannya untuk sekadar memenuhi nafsu pelik mereka. 


"Apa ke bengongnya minta yang bukan-bukan," itulah reaksi netizen apabila membaca mesej dari seorang lelaki meminta gambar tidak senonoh dari penyanyi Adibah Noor, 50, baru-baru ini. 


"Akak yang macam gajah mengantuk ni pun orang mintak. Bayangkan yang muda, cantik, mulus tu semua berapa banyak rquest macam ni yang mereka terima," tulis beliau. 


Tweet itu turut menarik perhatian netizen. 


Untuk pengetahuan umum, adalah menjadi satu kesalahan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 bagi seseorang untuk membuat dan memulakan penghantaran apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati atau mengganggu orang lain. Sabit kesalahan, denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.


Guna dan manfaatkan media sosial dengan sewajarnya. Jangan sesekali mencari masalah seperti ini atau berdepan dengan kemusnahan masa depan yang berpunca dari jari jemari anda sendiri. 


Sumber: Twitter Adibah Noor, SKMM


Apa pandangan anda tentang perkara ini? sila komen di bawah ye! Terima Kasih!!!!
Sumber : thereporter.my

No comments:

Post a Comment