Thursday, September 24, 2020

Samsung Galaxy S20 Versi Fan Edition Guna Cipset Snapdragon 865 Bagi Model 5G


Malam tadi Samsung baru je melancarkan siri Galaxy S20 FE (Fan Edition) dengan pilihan sambungan 4G dan 5G. Apa yang menariknya, Samsung Galaxy S20 SE ni menggunakan cip pemprosesan Snapdragon 865 iaitu cipset tercanggih ketika ini bagi variasi 5G dan Exynos 990 bagi variasi 4G. 

Samsung Galaxy S20 Fan Edition ni didatangkan dengan skrin sebesar 6.5 inci SAMOLED FHD+ yang menyokong 120Hz refresh rate dengan memori 8GB RAM dan storage sebesar 256GB yang boleh dibesarkan lagi menggunakan microSD sebanyak 1B. 



Untuk bateri, ia didatangkan dengan bateri berkapasiti 4,5000mAh bersama 25W fast-charging menggunakan USB Type-C. Kamera utama dilengkapi dengan tri-kamera iaitu 12 megapixel sensor utama + 12 megapixel + 8 megapixel dan untuk kamera depan hadir dengan 32 megapixel.

Terdapat pelbagai pilihan warna yang ditawarkan bagi versi ini untuk korang gayakan. Sekiranya berminat, korang dah boleh membuat pra-tempahan untuk dapatkan Samsung Galaxy S20 Fan Edition ni pada harga RM3,399 gais.


+ Baca respon pembaca Samsung Galaxy S20 Fan Edition di Facebook Oh! Media.

Apa pandangan anda tentang perkara ini? sila komen di bawah ye! Terima Kasih!!!!
Sumber: Oh! Media

No comments:

Post a Comment