Sunday, September 27, 2020

Siapa Ketua Menteri Sabah Baru? Esok Akan Ada Majlis Angkat Sumpah Di Istana Negeri Sabah


Walaupun sehingga sekarang masih belum jelas siapakah Ketua Menteri Sabah yang baru, pihak media telahpun dimaklumkan yang Majlis Angkat Sumpah Ketua Menteri itu akan diadakan pada hari esok (29 September 2020) jam 10:30 pagi bertempat di Istana Negeri Sabah.

Perkara ini dimaklumkan oleh pihak Istana Negeri dan disahkan oleh Bahagian Media dan Komunikasi Korporat Jabatan Penerangan Negeri Sabah.

Setakat ini berlaku sedikit ketegangan antara BN dan PN apabila masing-masing menyatakan hak mereka untuk meletakkan calon Ketua Menteri.

Sebelum ini, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Titiwangsa, Datuk Nazir Hussin Akhtar Hussin ada mengeluarkan kenyataan yang Ahli Parlimen BN wajar menarik balik sokongan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin jika jawatan tertinggi negeri itu dilantik daripada ahli Bersatu.

Walaupun sedih dengan kehilangan kerusi-kerusi tradisi ini, kami berlapang dada dan menerima kehadiran mereka dan berusaha memastikan mereka menang. Malangnya madu diberi, tuba dibalas. Janji dimungkiri atas alasan Perikatan Nasional (PN) lebih tiga kerusi, PN menang 17 kerusi dan BN 14. Ini telah dijadikan alasan untuk melantik Ketua Menteri daripada Bersatu. Apakah Bersatu lupa bahawa di Perak, PN hanya mempunyai lapan kerusi berbanding BN 25, namun yang menjadi Menteri Besar adalah daripada Bersatu? - Jelasnya.

Jadi apakah yang akan berlaku pada hari esok? Sama-sama kita nantikan.

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.




Apa pandangan anda tentang perkara ini? sila komen di bawah ye! Terima Kasih!!!!
Sumber: Oh! Media

No comments:

Post a Comment