Thursday, September 24, 2020

Siapa Sangka Dahulu Seorang Gangster Tapi Sekarang Lebih Tenang Bersama Islam


Banyak kisah penghijrahan yang kita dapat lihat dan dengar selama ini. Kali ini Ohmedia nak kongsikan kisah seorang samseng berbangsa Cina yang dahulunya sangat ditakuti, tetapi sekarang sudah memeluk agama Islam.

Hidayah itu memang benar milik Allah SWT kerana Dia boleh memilih sesiapa sahaja untuk kembali kepada Pencipta. Kisah ini dikongsikan portal Gempak di mana Che Yin Wei atau nama Islamnya Abdul Rahman Abdullah telah mula mengenali Islam selepas bergaul dengan rakan-rakan penjara yang berbangsa Melayu Islam.

Saya pernah menyertai aktiviti kongsi gelap seawal umur 18 tahun. Dulu saya seorang gangster, hidup yang bergelumang dengan dosa. Namun pada 2013, saya memilih jalan lain yang membawa pulang. Saya telah mengambil keputusan untuk berubah dan meninggalkan segala aktiviti jahat yang dilakukan sebelum ini. - Kongsinya.

Untuk pengetahuan korang, Abdul Rahman akhirnya mengucap dua kalimah syahadah pada tanggal 7 Ogos 2019 di hadapan imam dan ahli jawatankuasa Masjid Jalan Pegawai, Alor Setar, Kedah.

Nampak wajah Abdul Rahman juga semakin berseri-seri dan semoga beliau istiqomah dalam mencari keredaanNya.

Kita juga walaupun telah diberikan nikmat lahir dalam agama Islam, kita juga perlu selalu melakukan penghijrahan. Hijrah dari kelakuan yang kurang baik kepada yang lebih baik.

Kredit: Gempak

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.




Apa pandangan anda tentang perkara ini? sila komen di bawah ye! Terima Kasih!!!!
Sumber: Oh! Media

No comments:

Post a Comment