Saturday, September 26, 2020

SKMM Hantar Amaran Terakhir Kepada TM, Jangan Kelirukan Pelanggan Lagi!


Sebelum ini kecoh di media sosial bila Telekom Malaysia Berhad (TM) telah mengeluarkan senarai harga pakej yang mengelirukan.

Apapun, TM tetap tak terlepas dari undang-undang bila SKMM telah menghantar surat amaran akhir bagi mematuhi Seksyen 1.2 Kod Amalan Am Pengguna (GCC).

Berkaitan isu perubahan kelajuan muat naik pakej Unifi 500Mbps, TM diminta memperbetulkan semua bahan promosi dan iklan di semua saluran hebahan serta membuat pelan komunikasi untuk pelanggan yang terjejas.

TM mestilah pada sepanjang masa mengamalkan cara perniagaan beretika dengan memastikan bahan iklan dan promosi adalah tepat.
- katanya.

TM diingatkan untuk memastikan pelanggan mereka menikmati kualiti perkhidmatan seperti dalam pakej dilanggan dan memberitahu pelanggan mengenai isu yang mungkin menyebabkan pengalaman penggunaan perkhidmatan mereka terganggu.

Perkara macam ni tak sepatutnya berlaku. TM tak seharusnya hanya memberikan perkhidmatan yang baik janya pada waktu kerajaan mengarahkannya. Apa-apapun kita sebagai pelanggan ada hak untuk mempertikaikan apa sahaja perkhidmatan yang dirasa kurang dari apa yang dijanjikan.

Apa pandangan anda tentang perkara ini? sila komen di bawah ye! Terima Kasih!!!!
Sumber: Oh! Media

No comments:

Post a Comment