Monday, September 14, 2020

Suami lacurkan isteri, kenakan bayaran RM300 untuk setiap sesi


Seorang suami bukan sahaja wajib membahagiakan isteri, tetapi juga melindunginya dari sebarang perkara yang tidak baik. 

Tetapi tidak pada lelaki berusia 42 tahun ini yang bekerja sebagai bapa ayam dan sanggup melacurkan isterinya, 36, sendiri sejak setahun lalu. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, pasangan suami isteri itu ditahan dalam serbuan jam 11.15 malam Sabtu lalu (12 Sept 2020) selepas polis melakukan risikan kegiatan pelacuran tersebut. 

Dalam serbuan itu, polis turut merampas dua telefon bimbit dan dua kondom. 

Siasatan awal mendapati, suspek menggunakan WhatsApp untuk mencari pelanggan yang terdiri dari warga tempatan. 

Bagi setiap sesi, suspek menggenakan bayaran RM300 kepada pelanggannya. 

Semakan juga mendapati, suspek mepunyai rekod jenayah lampau yang membabitkan kes dadah dan isterinya juga mempunyai dua rekod jenayah lampau, juga berkaitan dengan dadah. 

Pasangan itu ditahan untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 372A Kanun Keseksaan dan Seksyen 372B Kanun Keseksaan.

Sumber: Harian Metro


Apa pandangan anda tentang perkara ini? sila komen di bawah ye! Terima Kasih!!!!
Sumber : thereporter.my

No comments:

Post a Comment