Tuesday, September 22, 2020

Suspek mengaku tiba-tiba teringat wajah isteri hamil 7 bulan ketika sedang perkosa mangsanya

Seorang penuntut di institut perguruan swasta di Makassar, Indonesia baru-baru ini mendakwa dia dirogol sekumpulan lelaki di sebuah hotel. 

Tujuh suspek termasuk seorang perempuan yang dipercayai terbabit dalam kes itu telah ditahan dan disiasat. 

Ketika memberi keterangan, salah seorang suspek yang dikenali sebagai MF berkata, dia adalah orang kedua yang melakukan perbuatan itu terhadap mangsa berusia 23 tahun berkenaan. 

Namun ketika sedang asyik melakukan perbuatan terkutuk itu, dia secara tiba-tiba teringat pada wajah isterinya yang sedang hamil tujuh bulan. 

"Saya yang (giliran) kedua setelah (AF - suspek pertama) keluar dari bilik, saya terus masuk," kata MF di depan pegawai penyiasat. 

"Saya berhenti sewaktu saya teringat pada isteri saya yang hamil tujuh bulan. Kasihan," jelas MF lagi sambil menundukkan kepalanya. 

Sementara itu, suspek ketiga, MNA, 20, juga mengakui melakukan perbuatan keji itu selepas suspek pertama dan kedua. 

"Semasa saya masuk ke dalam bilik itu, dia (mangsa) sudah berada dalam keadaan tanpa seurat benang. Dia juga dalam keadaan mabuk teruk," katanya. 

MNA juga mengaku melihat mangsa dibawa (oleh suspek perempuan) masuk ke hotel dan dibaringkan di dalam bilik. 

Selepas tiga suspek melakukan perbuatan keji itu, mangsa mulai sedar secara perlahan-lahan. 

Polis masih menjalankan siasatan. 

Sumber: Tribun News


Apa pandangan anda tentang perkara ini? sila komen di bawah ye! Terima Kasih!!!!
Sumber : thereporter.my

No comments:

Post a Comment