Thursday, September 3, 2020

Tempoh Diskaun 70 Peratus Saman JPJ & SPAD Lanjut Sehingga Hujung Bulan Ini


Sekiranya korang ada dikenakan saman dari Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang masih belum dijelaskan, korang boleh bayar saman tu sekarang sebab tempoh diskaun 70 peratus yang telah berakhir pada 31 Ogos haritu telah dioanjangkan lagi sehingga hujung bulan ni gais.

Diskaun yang dibuat ini sempena bulan kemerdekaan dan sekaligus untuk membantu rakyat Malaysia dalam tempoh PKPP yang agak sukar ini. Tempoh ini dipanjangkan atas arahan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong kata Mohamad Yatim Nawawi, Pengarah Bahagian Korporat dan Perancangan Strategik JPJ.


Sekiranya tempoh diskaun saman ini tamat nanti, korang perlu jelaskan saman mengikut harga asal. Tawaran yang dibuat ni sangat mengalakkan sampai semua pejabat JPJ negeri penuh. Sementara tengah diskaun ni, lebih baik jelaskan sekarang gais.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca saman JPJ diskaun 70 peratus di Facebook Oh! Media.
Apa pandangan anda tentang perkara ini? sila komen di bawah ye! Terima Kasih!!!!
Sumber: Oh! Media

No comments:

Post a Comment