Wednesday, September 16, 2020

Tidak Dapat Hadir Seminar Minda Jutawan, Neelofa Selamat Jalani Prosedur Endoskopi


Baru-baru ini, Ohmedia ada buat tinjauan di akaun Instagram milik pengacara dan usahawan, Noor Neelofa Mohd Noor atau lebih dikenali sebagai Neelofa berusia 31 tahun menunjukkan beliau berada di hospital KPJ Damansara.


Neelofa berkata dia memohon maaf kerana tidak dapat hadir ke Seminar Minda Jutawan yang diadakan semalam atas sebab terpaksa melakukan prosedur endoskopi pada saat akhir yang telah menyebabkan keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan.

Baru selesai dengan prosedur endoskopi. Saya minta maaf kerana tidak dapat berada di sana bersama anda semua. Minta maaf semua rakan kongsi, stokis dan ejen Nilofa Group. Keputusan dibuat sehari sebelum atas sebab kesihatan yang tak dapat nak dielakkan.

Walaubagaimanapun, dia rasa bersyukur kerana semuanya berjalan dengan lancar dan berterima kasih kepada staf, jururawat dan doktor di hospital tersebut. Neelofa juga tidak mendedahkan penyakit yang dia sedang alami.

Terima kasih @kpjdamansara_official, staf, jururawat dan doktor terutamanya Dr Shukri. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik syukur Alhamdulillah.

Korang rasa Neelofa sakit apa? Apapun, Ohmedia doakan agar Neelofa sentiasa diberikan kesihatan yang baik dan kembali memberi inspirasi kepada orang lain di luar sana. Psst! Neelofa lancarkan produk terbarunya iaitu Nilofa susu berperisa durian tau. Tak sabar nak rasa!

OHMEDIA: GET WELL SOON, NEELOFA!

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.







Apa pandangan anda tentang perkara ini? sila komen di bawah ye! Terima Kasih!!!!
Sumber: Oh! Media

No comments:

Post a Comment