Tuesday, October 20, 2020

'9 kluster di tempat kerja' - Penjawat awam & swasta di 4 kawasan ini diarahkan bekerja dari rumah

Semua pekerja awam dan swasta di kawasan yang dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersasar (PKPB) diarahkan bekerja dari rumah mulai Khamis, 22 Oktober 2020. 


Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Dato' Seri Dr Ismail Sabri Yaakob berkata, "Ini merupakan arahan dan bukan lagi permintaan. Majikan diarah mengeluarkan surat perlepasan bagi pekerja-pekerja ini untuk bekerja dari rumah," katanya. 


Arahan tersebut dikeluarkan untuk mengekang penularan wabak Covid-19 di Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor dan Sabah. 


Dalam Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang berlangsung hari ini, KKM membentangkan situasi semasa Covid-19 di empat wilayah dan negeri itu dan terdapat keperluan untuk memperketatkan lagi kawalan aktiviti pergerakan keluar masuk. 


Ini juga berikutan terdapat sembilan kluster dari tempat kerja di Selangor. 


Akur dengan nasihat KKM, Putrajaya bersetuju agar pekerja-pekerja bagi sektor awam dan swasta di peringkat pengurusan dan pengawasan tidak perlu hadir ke pejabat dan hanya bekerja dari rumah dan arahan itu berkuatkuasa sehingga PKPBN di empat kawasan itu ditamatkan. 


Walau bagaimanapun, terdapat pengecualian bagi proses kerja yang memerlukan keberadaan di pejabat dan pihak majikan diarahkan untuk mengeluarkan surat perlepasan untuk kakitangan yang terpaksa bekerja sepanjang tempoh itu. 


Selain itu, pekerja di zon merah juga perlu menjalani swab test dan jika majikan mencarum dengan PERKESO, kos itu akan ditanggung oleh PERKESO. 


Sumber: MalaysiaKini


Apa pandangan anda tentang perkara ini? sila komen di bawah ye! Terima Kasih!!!!
Sumber : thereporter.my

No comments:

Post a Comment