Friday, October 2, 2020

Adik Mangsa Dakwa Penganjur Profesional, Tapi Sebenarnya Rope Swing Tiada Permit Sejak 2017


Sebelum viral insiden mengerikan bila seorang wanita yang melakukan aktiviti Rope Wing telah terhempas di atas batu sebelum jatuh ke dalam sungai selepas berlaku kesilapan teknikal di Kuala Kubu Bharu.

Mangsa yang terhempas pada ketinggian 10 meter itu kini menjalani rawatan di hospital selepas mengalami kecederaan tulang belakang. Walaupun adik mangsa sebelum ini tidak menyalahkan mana-mana pihak kerana pemilik sukan lasak berkenaan bersikap profesional, itu tidak bermakna mereka terlepas dari undang-undang.

Apatah lagi, EXCO Sukan Selangor iaitu Mohd Khairuddin Othman telah mendapati Majlis Bandaraya Hulu Selangor (MBHS) tidak pernah mengeluarkan sebarang permit atau lesen kepada pemilik tempat sukan lasak berkenaan sejak tahun 2017.

Malah mereka pernah mendapat arahan polis untuk menghentikan operasi itu tetapi gagal menurut arahan dan meneruskan aktiviti berkenaan sehingga berlaku kejadian tidak diingini. Ekoran kemalangan pada 27 September yang melibatkan seorang wanita terhempas itu, MBHS telah mengeluarkan notis untuk menghentikan aktiviti berkenaan serta serta mengosongkan kawasan berkenaan.

Kerajaan negeri akan memantau dan mendapatkan perkembangan semasa mangsa iaitu Siti Halijah Abd Rahim. Saya mendoakan supaya beliau kembali sembuh dari kecederaan yang dialami.
- Kata kenyataan.

Perkara seperti ini tidak seharusnya dibiarkan dan pihak penganjur harus diambil tindakan tegas. Jangan bila berlaku insiden sebegini barulah nak lakukan sesuatu.

Kredit: Selangor Kini

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.




Apa pandangan anda tentang perkara ini? sila komen di bawah ye! Terima Kasih!!!!
Sumber: Oh! Media

No comments:

Post a Comment