Sunday, October 11, 2020

'Alhamdulillah, kesihatan anak-anak diutamakan' - 298 sekolah di Petaling ditutup mulai 12 sehingga 25 Oktober 2020

Semua sekolah di Daerah Petaling, Selangor yang diisytiharkan sebagai zon merah COVID-19 oleh Kementerian Kesihatan, akan ditutup bermula esok sehingga 25 Oktober ini.


Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam kenyataan hari ini berkata penutupan itu melibatkan 298 sekolah rendah, menengah, kolej vokasional serta sekolah swasta di seluruh daerah berkenaan. 


Katanya senarai sekolah yang terlibat akan dikemas kini dari semasa ke semasa dan dimuat naik di portal KPM di www.moe.gov.my dan platform media sosial rasmi KPM. 


Menurut kenyataan itu, ibu bapa atau penjaga boleh membawa pulang pelajar yang tinggal di asrama sekolah dan kolej vokasional atau pelajar boleh memilih untuk terus kekal di asrama sepanjang tempoh penutupan sekolah.


"Keperluan makan dan minum pelajar sepanjang tempoh tersebut akan disediakan oleh pihak sekolah," katanya.


KPM berkata dalam tempoh penutupan sekolah, pengetua dan guru besar akan memastikan guru serta murid melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di rumah mengikut kesesuaian mereka. 


"Manual pengajaran dan pembelajaran di rumah boleh dimuat turun di portal rasmi KPM www.moe.gov.my," katanya.


Menurut KPM, sekolah yang sedang melaksanakan peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan terlibat dengan penutupan, boleh menjadualkan semula peperiksaan ke suatu tarikh yang bersesuaian kelak.  


Katanya sebarang pemakluman berhubung penutupan sekolah bagi daerah-daerah lain akan dibuat dari semasa ke semasa berdasarkan pemantauan dan kerjasama dengan Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan.



Sumber: Bernama


Apa pandangan anda tentang perkara ini? sila komen di bawah ye! Terima Kasih!!!!
Sumber : thereporter.my

No comments:

Post a Comment