Sunday, October 11, 2020

'Baru nak bebas, dah kena tahan lagi' - Datuk & 7 pegawai & anggota polis ditahan di bawah POCA

Dalang Macau Scam dan perjudian, lelaki bergelar 'Datuk' yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilaporkan telah dibebaskan hari ini dengan jaminan.


Sumber dari Harian Metro berkata, semua baki tahanan reman berkaitan kes tersebut telah dibebaskan oleh SPRM petang Ahad. 


Bagaimanapun, lapan dari mereka ditahan semula oleh Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman di bawah Akta Pencegahan Jenayah (POCA). 


"Tujuh pegawai dan anggota polis serta Datuk terbabit yang juga suspek utama kes pengubahan wang haram ditahan sebaik mereka dibebaskan di luar kawasan Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.


"Bagaimanapun, seorang lagi suspek utama bergelar 'Datuk Seri', tidak ditahan oleh polis," katanya. 


Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed mengesahkan penangkapan kesemua lapan individu terbabit.


Sumber: Harian Metro


LAPORAN BERKAITAN


Apa pandangan anda tentang perkara ini? sila komen di bawah ye! Terima Kasih!!!!
Sumber : thereporter.my

No comments:

Post a Comment