Tuesday, October 13, 2020

'Beliau tidak mengemukakan senarai nama Ahli-Ahli Dewan Rakyat yang didakwa memberi sokongan kepada beliau' - Istana Negara

Dalam sidang media khas, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa telah mempersembahkan dokumen kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah berhubung dakwaan beliau mendapat sokongan majoriti Anggota Parlimen untuk menubuhkan kerajaan baharu. 


Selain menyatakan dirinya mendapat lebih dari 120 sokongan Anggota Parlimen, Anwar turut memohon semua pihak memberi ruang kepada Agong untuk menelaah dokumen tersebut. 


Bagaimanapun dalam kenyataan media dari pihak Istana Negara pula berbeza. 


"Dalam sesi yang berlangsung selama lebih kurang 25 minit ini, Dato'Seri Anwar bin Ibrahim telah mengemukakan jumlah Ahli-Ahli Dewan Rakyat yang didakwa memberi sokongan kepada beliau. 


"Walau bagaimanapun, beliau tidak mengemukakan senarai nama Ahli-Ahli Dewan Rakyat untuk mengukuhkan dakwaan tersebut.


"Sehubungan dengan itu, Al-Sultan Abdullah telah menasihati Dato' Seri Anwar bin Ibrahim untuk akur dan menghormati proses-proses perundangan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan," kata kenyataan itu. 


Sumber: Facebook Istana Negara


Apa pandangan anda tentang perkara ini? sila komen di bawah ye! Terima Kasih!!!!
Sumber : thereporter.my

No comments:

Post a Comment