Tuesday, October 6, 2020

Budak 9 tahun maut selepas tercampak dari buaian ketika buat pusingan 360'

Seorang kanak-kanak lelaki berusia 9 tahun maut selepas tercampak dari ketinggian 15 kaki di udara semasa melakukan aksi terbarunya iaitu pusingan 360 darjah mainan buaian di taman permainan di Rusia. 


Mangsa, Savely Zolotukhin, sebelum ini berjaya melakukan aksi itu beberapa kali dan mengambil keputusan untuk menunjuk aksi berbahaya itu kepada rakan-rakannya. 


Namun percubaan kali keempat itu gagal apabila dia tercampak dari ketinggian 15 kaki sebelum terhentak di permukaan konkrit. 


Rakannya segera menghampiri mangsa untuk menghulurkan bantuan dan orang awam yang menyaksikan kejadian itu menghubungi talian kecemasan. 


Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan pasukan perubatan berusaha menyelamatkan mangsa tetapi malangnya, kanak-kanak itu disahkan meninggal pada Isnin, 8 hari selepas kejadian itu berlaku. 


Video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berhampiran menunjukkan sekumpulan kanak-kanak bermain di taman permainan itu pada jam 5.30 petang waktu tempatan, 25 September 2020. 


Mangsa berdiri di tempat duduk buaian sambil ditolak oleh rakannya untuk mendapatkan momentum hayunan awal sebelum dia mengandakan lagi kelajuan hayunan itu.


Kurang dari 20 saat, mangsa berjaya melengkapkan pusiangan 360 darjah yang pertama. Percubaan kedua dan ketiganya juga berjaya sehinggalah percubaan yang keempat, tangan mangsa terlepas dari rantai buaian dan tercampak ke udara berpusing beberapa kali sebelum terhentak di lantai konkrit. 


Difahamkan, mangsa merupakan anak tunggal dan ibu bapanya telah bercerai.


Lapor media tempatan, buaian itu tidak mempunyai penyekat bagi menghalang buaian dihayun 360 darjah dan polis sedang menyiasat kejadian itu. 


Sumber: Daily Mail


Apa pandangan anda tentang perkara ini? sila komen di bawah ye! Terima Kasih!!!!
Sumber : thereporter.my

No comments:

Post a Comment