Wednesday, October 7, 2020

DOL Terlihat Dalam Gambar Rampasan SPRM & Cuci Duit Haram RM100K Juga Dijumpai Dalam Rumah Pegawai Polis


Selepas berjuta-juta duit rakyat Malaysia telah ditipu dengan sindiket Macau Scam, akhirnya dalang bagi menjalankan operasi haram ini sudah semakin terjawab apabila pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah mula menemui jalan keluar. 

Terbaru, duit haram RM100,000 juga telah dijumpai SPRM di dalam sebuah rumah milik seorang pegawai polis yang ditahan selepas disyaki terbabit dalam sindiket cuci duit yang turut melibatkan golongan artis.
 
Seramai tiga pegawai kanan ditahan manakala lima lagi adalah anggota lain-lain pangkat. SPRM menemui wang tunai RM100,000 di rumah salah seorang pegawai yang ditahan bagi membantu siasatan kes berkenaan. - Berdasarkan maklumat Harian Metro.

Pegawai Polis dari IPK Selangor ini juga dikatakan adalah kenalan rapat kepada seorang lelaki yang bergelar Datuk yang turut ditahan sebelum ini. 

Kes ini juga dikaitkan dengan pelawak dan penyampai radio terkenal Shuib Sepahtu yang telah memberikan keterangan di SPRM sebelum ini. Golongan artis juga dikatakan telah digunakan semata-mata untuk mencuci duit yang berjaya dikumpul oleh sindiket ini. 

Caranya mudah, mereka hanya perlu mendekati artis ini dan menawarkan bantuan kewangan atau modal untuk memulakan perniagaan. 

Dalam perkongsian gambar kereta mewah yang dirampas SPRM ini juga terlihat kereta yang sebelum ini dipakai seorang artis. Bagaimanapun semua ini masih dalam siasatan dan kita masih menanti perkembangan selanjutnya. 

Apa-apapun kita harapkan agar dalang yang menjalankan aktiviti haram dan menipu duit mereka yang tak bersalah diberikan hukuman yang berat. Tapi apa agaknya yang akan berlaku kepada mangsa? Adakah duit mereka akan dipulangkan? 


Kredit: Harian Metro 

 


Apa pandangan anda tentang perkara ini? sila komen di bawah ye! Terima Kasih!!!!
Sumber: Oh! Media

No comments:

Post a Comment