Monday, October 5, 2020

Donald Trump Langgar Kuarantin, Keluar Hospital Jumpa Penyokong

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump telah melanggar perintah kuarantin di hospital selepas positif Covid-19. Trump dikatakan keluar dari hospital menaiki kenderaan kalis peluru untuk bertemu penyokongnya. Walaupun perjumpaan tersebut berlaku di luar hospital, ia tetap memberi risiko kepada ejen yang ditugaskan untuk melindungi Trump.

BACA : Donald Trump & Isteri Disahkan Positif Selepas Menjalani Ujian Saringan

Untuk pengetahuan korang, Trump telah membuat satu video dan upload di Twitter dan memberitahu pengikutnya bahawa beliau sudah banyak belajar tentang Covid-19. sejurus itu, beliau terus melakukan kemunculan di luar hospital. 

Walaubagaimanapun, ramai yang tidak berpuas hati dengan kelakuaan trump termasuk pakar kesihatan yang menganggap trump langsung tdiak ambil kisah dengan apa yang berlaku. Oleh yang demikian, setiap orang yang berada dalam kenderaan yang dinaiki Trump perlu menjalani kuarantin selama 14 hari. 

OHMEDIA: MUNGKIN BILA DAH TERLANTAR BARU BELIAU AKAN MENYESAL 

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca Donald Trump langgar kuarantin, keluar hospital jumpa penyokong di Facebook Oh! Media




Apa pandangan anda tentang perkara ini? sila komen di bawah ye! Terima Kasih!!!!
Sumber: Oh! Media

No comments:

Post a Comment