Monday, October 12, 2020

Empat Cawangan BubbleBee Ditutup Serta Merta Akibat Rakan Usahasama Disiasat SPRM


Sebentar tadi tersebar pula berita penutupan empat buah cawangan produk minuman BubbleBee milik pelawak dan penyampai radio Shuib Sepahtu.

Empat cawangan itu adalah di Ampang, Sungai Buloh, Sentul dan Senawang. 

Perkara ini disahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif BubbleBee Sdn Bhd, Datuk Ismail Abdul Rahman yang mengesahkan penutupan itu hanya melibatkan cawangan milik seorang Datuk yang sebelum ini telah ditahan pihak SPRM.

Baru-baru ini tular berita mengenai rakan usahasama kami yang disiasat pihak berkuasa. Perkara itu turut menyebabkan salah seorang ahli lembaga pengarah kami dipanggil bagi membantu siasatan. 

Yang jelas, siasatan ke atas rakan usahasama ini mendatangkan kesan negatif yang mampu menjejaskan reputasi perniagaan kami dengan teruk sekali. - Katanya.

Bagaimanapun, penutupan empat cawangan itu hanya bersifat sementara dan akan dibuka semula sebaik sahaja selesai semua urusan pengambilalihan operasi oleh ibu pejabat BubbleBee.

Baguslah kalau macam tu, memang betul kita tak tahu lagi samaada Datuk berkenaan bersalah atau tidak. Tetapi, langkah yang diambil ini sangat bijak bagi membersihkan nama BubbleBee itu sendiri.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.
 


Apa pandangan anda tentang perkara ini? sila komen di bawah ye! Terima Kasih!!!!
Sumber: Oh! Media

No comments:

Post a Comment