Tuesday, October 6, 2020

Fossil Lancar Jam Pintar Versi Baru, Masih Gunakan Snapdragon Wear 3,100


Kalau korang nak tahu, Fossil yang merupakan sebuah jenama pengeluar jam terkenal juga ada lancarkan jam pintar mereka baru-baru ini. Harga yang ditawarkan pada jam pintar terbaru ini dikatakan cukup berbaloi untuk dimiliki. 


Sebelum ini pun mereka sudah ada keluarkan jam pintar tetapi kali ini mereka keluarkan versi baru iaitu Fossil Gen 5E. Jam pintar dari Fossil ini menggunakan skrin 1.19 inci OLED bersama pemprosesan Snapdragon Wear 3,100. Untuk memori pula ia dilengkapi dengan 1GB RAM. 

Terdapat dua pilihan saiz kepada pengguna iaitu 42mm dan juga 44mm. Ohmedia rasa design pada Fossil Gen 5E ni nampak cantik untuk digayakan. Untuk maklumat lanjut, korang boleh terus ke laman rasmi Fossil ya gais.

Kredit: Fossil

+ Baca respon pembaca jam pintar terbaru Fossil di Facebok Oh! Media. 

Apa pandangan anda tentang perkara ini? sila komen di bawah ye! Terima Kasih!!!!
Sumber: Oh! Media

No comments:

Post a Comment