Tuesday, October 6, 2020

"Jadi Isu Ke Gambar Berkenaan?" - Nabila Huda


Baru-baru ini, Pemegang trofi Pelakon Wanita Terbaik, Festival Filem Malaysia Ke-28 iaitu Nabila Huda memuatnaik fotonya yang sedang berkemban di laman Instagram. Foto itu diambil ketika menjalani penggambaran di Terengganu. Walaubagaimanapun, dia tidak pernah terlintas mahu mencetuskan kontroversi kerana baginya, ia mempunyai nilai seni. 

Jadi isu ke gambar berkenaan? Saya tak nampak ada yang mempertikaikan gambar ini apabila melihat ruangan komen. Saya kongsi gambar kerana ia cantik dan ada nilai seni. Saya berkemban bukan sebab babak dalam lakonan, tetapi sebab cuaca panas ketika itu. 

Saya sedang menjalani penggambaran di Terengganu, waktu itu. Rumah pula tepi laut. Secara kebetulan, suami, Mohd Izwan Johar merakamkan gambar, jadi saya bergaya sakan sambil menyelitkan bunga di tepi telinga. Hasil gambar memang menakjubkan dan pencahayaan, latar belakang dan kain batik yang disarungkan memang cantik. 

Atas faktor itu, saya kongsi dalam laman media sosial. Setakat ini, saya tak nampak pula komen negatif, mungkin netizen tahu saya bukanlah jenis yang suka menunjuk tubuh semata-mata untuk meraih perhatian khalayak. Saya juga bukan sengaja nak cipta kontroversi untuk memuat naik gambar berkemban.

Nabila berkata dia memang tidak menafikan yang netizen kemungkinan berasa takut untuk memberi komen negatif disebabkan dirinya sering membidas sesiapa sahaja yang mengecamnya tanpa usul periksa. 

Jika netizen takut baguslah (ketawa). Sebelum ini, jika saya ada menerima mesej peribadi dalam IG, saya akan tanya balik apakah tidak ada kaum keluarga mereka yang berkemban. Bagaimanapun, tidaklah selalu saya membidas komen negatif yang dilemparkan kerana saya tahu kebanyakan yang mengecam adalah budak sekolah. 

Sebenarnya, ikut mood saya juga. Jika saya mahukan hiburan berikutan bosan, saya akan cari mana-mana komen negatif yang ditulis dan orang itulah akan menjadi mangsa. Jadi, janganlah mudah untuk memperkotak-katikkan orang dengan komen negatif dan sesuka hati.

Senang jer Ohmedia nak memberi nasihat kepada semua orang mengenai hal ni. Kita buat jer hal masing-masing dan jaga tepi kain sendiri. Bukan apa, dosa masing-masing kan? Ops.

OHMEDIA: KALAU ORANG TEGUR TU, ELOK LAH. PEMINAT MASIH SAYANGKAN AWAK.


+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media. 

Apa pandangan anda tentang perkara ini? sila komen di bawah ye! Terima Kasih!!!!
Sumber: Oh! Media

No comments:

Post a Comment