Friday, October 2, 2020

'Katanya team building, dengan laki aku kena dukung perempuan macam ni' - Isteri bengang tengok gambar suami dukung staff perempuan lain

Viral di media sosial gambar sekumpulan kakitangan sebuah syarikat sedang bermain permainan 'team building' bercampur lelaki dan perempuan mengundang rasa kurang senang isteri kepada salah seorang peserta.


Mana tidaknya, permainan itu melibatkan suaminya mengangkat rakan sekerja wanita lain bagaikan sudah tiada batasan di antara mereka. 


"Yer ni permainan ***** anjurkan untuk staff-staff. Katanya team building. Dengan laki aku kena dukung-dukung perempuan macam ni.


"Dah tak ada idea ke apa buat permainan macam ni? Yang masing-masing dah ada suami isteri main permainan ni. Mana perginya batas lelaki dan perempuan dalam Islam? Lagi-lagi yang pemainnya pun dah berkahwin.


"Tak ada otak ke? Aku sebagai isteri tengok benda macam ni, korang rasa patut ke permainan ini dianjurkan? Berlambak lagi permainan yang boleh dibuat main. 


"Note ekk, semua dalam gambar ini dah berkahwin. Bodoh!" tulis si isteri. 


Gambar itu viral di serata media sosial mengundang pelbagai reaksi netizen. Ada segelintir lelaki 'miang' mengatakan untung lelaki yang dapat mengangkat wanita-wanita itu. 


Tapi rata-rata netizen mengecam komen sedemikian yang jelas sekali tidak berakhlak dan tak reti menjaga maruah dan batas pergaulan. 


Susulan viral gambar tersebut yang mengundang reaksi negatif netizen, Coway Malaysia tampil memohon maaf. 


"Coway Malaysia dengan ikhlas memohon maaf di atas kejadian itu dan akan bertanggungjawab sepenuhnya. Kami tidak membenarkan kaedah latihan seperti itu," kata kenyataan pihaknya yang baru dimuat naik tiga jam yang lalu di Facebook rasmi mereka. 


Coway kini sedang menjalankan siasatan terhadap semua kakitangan yang terlibat dan satu perjumpaan rasmi bersama mereka akan diadakan bagi menyelesaikan isu tersebut untuk kepentingan semua rakan sekerja Coway. 


Semua aktiviti 'team building' juga dihentikan buat sementara waktu dan Coway memberi jaminan akan memantau semua aktiviti yang dilakukan oleh kakitangannya bagi memastikan mereka mematuhi peraturan agama dan SOP yang ditetapkan kerajaan. 



Sumber: Coway Malaysia


Apa pandangan anda tentang perkara ini? sila komen di bawah ye! Terima Kasih!!!!
Sumber : thereporter.my

No comments:

Post a Comment