Saturday, October 24, 2020

'Kawan saya tak salah, dia diugut & diculik suspek menyamar sebagai polis' - Rakan tampil nafi suspek wanita terbabit dalam kes curi kereta polis

Susulan viral gambar dua suspek curi kereta peronda (MPV) Honda Civic 1.8S milik Polis Diraja Malaysia (PDRM), tampil seorang individu bernama Syafiqah mempertahankan suspek wanita yang dikatakanya tidak bersalah. 


Menurut Syafiqah, rakannya yang bernama Iyka telah diculik oleh suspek utama melarikan kereta PDRM tersebut semalam di Tasek Gelugor. Malah, dia mendakwa mereka ada bukti kukuh yang menunjukkan Iyka tidak bersalah.


Baca laporan berkaitan: 'Ingat GTA V ke nak main rembat² kereta polis?!' - 2 ditahan, rembat kereta peronda PDRM (6 Gambar)


"Perempuan yang ada dengan dia (suspek) tu, namanya Iyka. Dia diculik di Tasek Gelugor semalam semasa tengah video call ramai-ramai. Video kamera litar tertutup (CCTV) pun ada dan bukti kukuh yang kawan saya itu diculik.


"Suspek menyamar sebagai polis pada masa itu. Kawan saya itu kerja di pusat hiburan. Tak sangka dia kena subahat sekali. Minta tolong sesiapa yang boleh bantu kami. Kami berenam bekerja sekali di Tasek Gelugor, masing-masing berjauhan dari keluarga. Kami memang cari dia sejak semalam," katanya. 


Syafiqah juga menggesa orang ramai tidak menyebarkan gambar rakannya itu dan membuat spekulasi yang tidak benar kerana rakannya itu adalah mangsa kepada suspek. 


"Tolonglah weh. Benda yang tak pasti, jangan share lah. Macam mana kalau mak ayah dia dapat tahu benda tak pasti? 


"Kami memang ada bukti kukuh yang kawan saya itu tidak bersalah dan dianiaya. Dia diugut oleh suspek menyamar sebagai polis itu yang telah mengambil telefon bimbit dia. 


"Suspek datang dengan kereta polis, ugut-ugut, siapa je tak takut? Allahuakbar. 


"Kami semua orang luar, datang bekerja di Tasek Gelugor. Sekarang rakan saya di Shah Alam. Minta tolong (netizen) jangan share benda yang tak betul," katanya.


Apa pandangan anda tentang perkara ini? sila komen di bawah ye! Terima Kasih!!!!
Sumber : thereporter.my

No comments:

Post a Comment