Friday, October 9, 2020

'Kenapa dengan ibu?' - Suami bunuh isteri & 2 anak perempuannya sebelum dibuang dalam tangki minyak

American Murder: The Family Next Door adalah filem dokumentari jenayah sebenar yang baru disenaraikan dalam Netflix, yang banyak menggunakan video footage mahkamah, polis dan gambar serta video yang diberi oleh keluarga mangsa.


Filem dokumentari itu menceritakan kisah Shanann Watts yang hamil anak lelaki dibunuh oleh suaminya, Chris Watts, pada tahun 2016. Dia juga membunuh dua anak perempuan mereka, Bella dan Celeste yang berusia tiga dan empat tahun. 


Filem itu juga mendapat banyak pujian penonton kerana penerbitnya menggunakan video footage yang asal termasuk klip video anggota polis yang datang ke rumah keluarga itu selepas rakan baiknya melaporkan kehilangan Shanann. 


Namun, video footage itu juga banyak membuatkan penonton berasa terganggu sehingga ada yang mengatakan mereka masih terkesan selepas menonton filem dokumentari itu. 


REAKSI IBU BAPA CHRIS WATTS


Sementara itu, ibu bapa Chris Watts, Ronnie dan Cindy juga telah menonton filem itu dan berasa terkilan kerana sesetengah video footage sensitif yang ditunjukkan dalam filem tersebut. 


Dalam temubual bersama The Sun, Ronnie dan Cindy meluah mengenai anak lelaki mereka, Chris, yang telah dihukum penjara seumur hidup selepas mengakui membunuh isteri dan anak-anaknya. 


Cindy mendakwa, Chris tidak tahu apa-apa mengenai filem tersebut, meskipun terdapat laporan yang mengatakan Chris tahu dan berasa malu dengan perbuatannya. 


Cindy juga kesal, filem itu terus menyelit video footage yang menunjukkan perbualan suaminya dengan Chris. 


Filem itu bermula dengan rakan mangsa, Nickole Atkinson menghubungi talian 911 kerana bimbang dengan keadaan Shanann yang tidak diketahui keberadaannya. Apabila polis peronda tiba di rumah keluarga itu, usaha memanggil penghuninya keluar gagal kerana tiada sesiapa yang berada di rumah sehinggalah Chris yang ketika itu dikatakan berada di rumah rakannya dihubungi lalu pulang ke rumah. 


Kepulangan Chris ke rumah bagaikan tiada apa-apa yang berlaku, sedangkan dia baru sahaja membunuh isteri dan dua anaknya itu. Dalam keadaan berpura-pura itu, dia turut membantu polis memeriksa rumahnya sendiri yang kemudian mendapati dua selimut anaknya hilang dan telefon bimbit Shanann yang tertinggal di dalam rumah. 


Chris menyangka dia dapat memperdayakan polis, namun kelakuannya membuatkan jirannya mula berasa curiga lalu memaklumkan kepada polis yang kemudian ditunjukkan video rakaman kamera litar tertutup (CCTV). 


Polis kemudian memanggil Chris untuk disoal siasat dan dia mengakui hubungannya dengan Shanann goyah dan dalam masa yang sama masing-masing bersetuju untuk berjauhan seketika untuk memberi ruang 'bernafas' seketika. Dan Chris juga menegaskan dia tidak curang kepada Shanann. 


Namun di mata polis, perubahan fizikal Chris seperti tanda-tanda seorang lelaki curang kepada isterinya berikutan berat badannya turun mendadak yang menjadi lebih 'sado'. Chris menafikan kata-kata pegawai penyiasat berkenaan. 


Chris juga diminta menjalani ujian poligraf bagi menentukan dia bercakap benar atau sebaliknya. Meskipun kelihatan tenang, keputusan ujian itu menunjukkan dia gagal dan pegawai penyiasat mula mendesak Chris berhabis-habisan untuk memberitahu di mana sebenarnya keberadaan isteri dan dua anaknya itu. 


Sementara itu, anggota polis masih giat melakukan pencarian dan orang awam pula membantu menyebarkan risalah kehilangan tiga beranak itu. 


Siasatan polis turut mendapati Chris sebenarnya curang dan wanita itu sendiri mengakui menjalinkan hubungan dengan Chris meskipun tahu lelaki itu sudah berkahwin dan mempunyai dua orang anak.


Segalanya semakin mencurigakan, Chris diasak bertalu-talu. Tidak tahan dengan keadaan itu, akhirnya Chris meminta untuk bercakap dengan bapanya yang akhirnya dia mengakui dia telah membunuh Shanann. Tetapi dia tidak mengaku membunuh dua anak perempuannya itu. 


Alangkah hancurnya hati Ronnie apabila mendengar pengakuan anaknya itu. Dua pegawai penyiasat berkenaan kemudian masuk dan meminta Chris mendedahkan di mana isteri dan dua anaknya ditanam. 


Tiga hari sebelum kejadian, Shanann ada menghantar mesej kepada Chris yang mengatakan dia hamil anak lelaki dan berasa amat teruja. Shanann juga meninggalkan nota yang mengatakan dia betapa sukarnya perhubungan mereka sejak lima minggu lalu dan dia amat merindui suaminya yang dirasakan berubah sebelum ini. Malah turut berjanji akan berbaik dengan ibu Chris, Cindy. 


Difahamkan pada malam kejadian, Shanann mendapati Chris menggunakan kad kredit keluarga untuk berbelanja di sebuah restoran di mana caj pembayaran makanan adalah untuk dua orang makan. Pada malam itu juga, Chris mengupah pengasuhnya untuk menjaga Bella dan Celeste sementara dia keluar bersama teman wanitanya. 


"Dia pulang sekitar jam 2.00 pagi. Saya rasa dia dah tahu perkara yang saya buat malam Ahad itu cetuskan semuanya, keluar dengan orang lain menggunakan kad bank kami. 


"Saya rasa dia naik ke katil. Dia mula belai saya dan kami lakukan hubungan intim. Apabila saya bangun pagi itu, saya beritahu dia yang saya rasa hubungan ini takkan berpanjangan. 


"Dia tanya, "Apa berlaku semalam? Saya tahu ada orang lain". Saya tak boleh kata "Ya saya ada orang lain". Kemudian dia kata, "Awak takkan berjumpa anak-anak lagi. Awak takkan berjumpa mereka lagi. Lepaskan saya". 


"Kalau saya tak kenal Nikki (teman wanita) adakah saya rasa hubungan kami teruk? Mungkin tidak. Saya kata saya dah tak mencintainya. Kemudian, ia berlaku. 


"Dia suruh saya lepaskan dia. Tapi saya peluk dia. Saya tak dapat kawal diri. Kenapa saya tak boleh lepaskan dia? Dia tak melawan. 


"Kemudian Bella masuk ke bilik, kenapa dengan ibu? Dia membawa selimut merahnya ketika itu yang melihat ibunya tertiarap di atas katil," katanya. 


Chris kemudian membalut mayat Shanann dengan cadar dan bawa masuk ke dalam kereta. Bella dan Celeste turut dibawa bersama dan ditempatkan di tempat duduk belakang. Bella sempat bertanya adakah ibu mereka okey dan Chris sekadar menjawab ya. 


Setibanya di lokasi, Chris membunuh anak bongsunya dahulu sebelum Bella lalu dibuang ke dalam tangki minyak. Manakala mayat Shanann ditanam tidak jauh dari lokasi tersebut. 


Untuk cerita yang lebih terperinci, sila tonton American Murder: The Family Next Door di Netflix. 


Sumber: Independent, The Tab, Netflix


Apa pandangan anda tentang perkara ini? sila komen di bawah ye! Terima Kasih!!!!
Sumber : thereporter.my

No comments:

Post a Comment