Wednesday, October 14, 2020

'Kerajaan Abah Din' di hujung tanduk, UMNO mungkin akan bekerjasama dengan Anwar

Kenyataan Ahmad Maslan yang memaklumkan UMNO sedang mempertimbangkan menarik diri dari dari menyokong Perikatan Nasional (PN) dan mengenakan syarat baharu jika mahu terus bekerjasama bukanlah ancaman tetapi satu keputusan sebulat suara dari pemimpin UMNO. 


Menurut sumber pucuk pimpinan tinggi itu berkata, dia boleh memberikan bayangan bahawa Kerajaan Muhyiddin kin berada di hujung tanduk. 


"Sejak penubuhan Kerajaan PN, UMNO satu-satunya parti dalam gabungan itu menjadi lemah dan tiada hala tuju.


"Selesai penubuhan kerajaan, UMNO yang mempunyai jumlah ahli majoriti dalam gabungan dipinggirkan dalam kabinet. Dahlah hilang jawatan PM walaupun parti paling dominan. TPM pun tak bagi. Jawatan dalam kabinet semuanya kurang penting sahaja. 


"Ini satu strategi untuk melemahkan UMNO dengan memberi nyawa kepada pemimpin-pemimpin yang tidak sehaluan dengan pucuk pimpinan.


"Di peringkat negeri, kami hilang kerusi MB Perak walaupun mempunyai kekuatan 25 ADUN. Terbaru, kami hilang jawatan Ketua Menteri Sabah, sedangkan kami merupakan parti paling banyak memenangi kerusi DUN berbanding BERSATU.


"Kesimpulannya, BERSATU semakin berkembang dengan kekuatan UMNO, manakala UMNO menjadi semakin terpencil," katanya. 


Dalam pada itu, sumber itu mengatakan UMNO akan mengenakan syarat baharu yang mungkin berat untuk dipersetujui oleh Muhyiddin. Ini termasuk kemungkinan meminta semua kerusi yang dimenangi oleh Ahli Parlimen UMNO yang menyertai BERSATU. 


Sementara itu, Ketua Pemuda UMNO Perak, Mohd Ariff Abdul Majib berkata, UMNO telah banyak berkorban untuk PN. 


"Kita telah banyak berkorban untuk Kerajaan PN kerana menerima apa sahaja keputusan dibuat oleh Perdana Menteri. 


"Jika dilihat dari segi jumlah kerusi, sepatutnya UMNO boleh dapat banyak kelebihan dalam kerajaan. Sepatutnya tak timbul soal UMNO tamak kuasa, gila jawatan dan sebagainya," katanya. 


Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman pula berkata, UMNO bersedia untuk menjalinkan kerjasama dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim sekiranya ketua pembangkang itu mempunyai formula yang dapat membahagiakan semua parti terlibat. 


Beliau berkata, tidak mustahil parti lain turut memberi sokongan kepada Anwar sekiranya mereka berpendapat Ahli Parlimen Port Dickson itu boleh memberi apa yang parti mahukan. 


"Kalau parti-parti ini merasakan Anwar boleh memberi apa yang dia mahu, mungkin mereka akan tertarik untuk memberikan sokongan kepada Anwar, jangan terkejut kalau itu berlaku," katanya. 


Sumber: MalaysiaKini, Sinar Harian


Apa pandangan anda tentang perkara ini? sila komen di bawah ye! Terima Kasih!!!!
Sumber : thereporter.my

No comments:

Post a Comment