Monday, October 5, 2020

MU Berjaya Sign 4 Pemain Baru Sebelum Perpindahan Ditutup


Manchester United berjaya membawa 4 orang pemain baru pada penghujung waktu jendela perpindahan sebelum ia ditutup pada jam 6 pagi tadi. Antara pemain yang berjaya dibeli adalah penyerang Uruguay, Edinson Cavani dan pertahanan kiri Porto, Alex Telles.
 


Kedua-dua pemain ini mungkin akan dimasukkan dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris antara Manchester United dan Newcastle pada minggu ini. Alex Telles yang telah menandatangani kontrak selama 4 tahun pasti akan diberi kepercayaan untuk bermain di posisi Luke Shaw selepas ini. 




Selain itu, Manchester United juga berjaya mendapatkan 2 pemain muda iaitu Amad Diallo dari Atalanta dan Facundo Pellistri dari Club Atletico Penarol. Kedua-dua pemain yang berusia 18 tahun ini pasti akan menjadi prospek masa depan The Red Devils kerana mereka mempunyai skill individu yang baik untuk menjadi seperti Lionel Messi.


OHMEDIA: SEMOGA KESEMUA PEMAIN INI DAPAT BANTU MU UNTUK KEMBALI MENEMUI RENTAK KEMENANGAN


+ Baca respon pembaca MU berjaya sign 4 pemain baru sebelum perpindahan ditutup di Facebook Oh! Media

Apa pandangan anda tentang perkara ini? sila komen di bawah ye! Terima Kasih!!!!
Sumber: Oh! Media

No comments:

Post a Comment