Sunday, October 11, 2020

Nak beli kucing Savannah, dibaginya anak harimau

Sepasang kekasih di Perancis membuat laporan polis selepas menyedari kucing Savannah yang dibeli secara online, rupa-rupanya anak harimau. 


Difahamkan, pasangan berkenaan membuat pembayaran $7,088 (RM29,333) untuk memiliki Kucing Savannah itu pada tahun 2018.


Kucing Savannah adalah baka campuran dan dibenarkan untuk dijadikan sebagai haiwan peliharaan di Perancis - sedangkan harimau pula tidak dibenarkan kerana ia merupakan haiwan liar dan terancam. 


Menurut pasangan itu, mereka tidak menyedari bahawa haiwan kecil itu adalah anak harimau sehinggalah mereka berasa ada sesuatu yang tidak kena dengannya, lalu membuat laporan polis. 


Anak harimau itu merupakan baka Sumatera, spesis yang dilindungi dan tidak boleh dijadikan sebagai haiwan peliharaan. 


Siasatan yang berlangsung selama dua tahun berjaya menahan sembilan suspek termasuk pasangan yang membuat laporan polis itu yang akan dituduh di atas tuduhan pemerdagangan spesis yang dilindungi, sementara yang lain akan menghadapi tuduhan berkaitan dengan jenayah terancang. 


Anak harimau yang diselamatkan itu berada dalam sihat dan telah diserahkan kepada Pejabat Biodiversiti Perancis untuk tindakan lanjut. 


Sumber: Lad Bible


Apa pandangan anda tentang perkara ini? sila komen di bawah ye! Terima Kasih!!!!
Sumber : thereporter.my

No comments:

Post a Comment