Thursday, October 1, 2020

Neelofa Nafi Bercinta Dengan PU Riz


Sebelum ini, pengacara dan usahawan terkenal iaitu Noor Neelofa pernah menjadi perbualan hangat di laman Twitter kerana memakai baju sedondon berwarna biru dengan pendakwah bebas, PU Riz di sebuah majlis beberapa hari yang lalu.

Akhirnya, Neelofa membuka mulut untuk menjawab persoalan netizen mengenai hubungannya bersama pencetus ummah tersebut. Dia menafikan bahawa mereka tidak mempunyai hubungan istimewa seperti yang didakwa dengan warganet.

PU Rizz telah diundang ke majlis perkahwinan adik Neelofa pada hari itu kerana dia dan keluarga Neelofa sudah kenal sejak tiga tahun lalu.

Tidak, tiada apa-apa. Kami memang sudah kenal sejak tiga tahun lalu. Dia juga rapat dengan adik beradik dan sepupu saya kerana banyak mengadakan kelas agama dan mengaji bersama. Sebab itu dia hadir ke majlis perkahwinan itu kerana adik saya, Aqief sendiri yang mengundangnya. Bukan saya yang menjemput. Jadi kalau tanya saya, jawapannya tidak. Jangan risau, sekiranya sudah bertemu jodoh, saya akan bagitahu.

Ketika pihak Astro Gempak menemui Neelofa di majlis pelancaran butik terbaharu Naelofa yang terletak di One Utama Petaling Jaya, dia mengharapkan agar semua orang dapat menghormati pendiriannya berkaitan dengan hal peribadi.

Ada beberapa perkara yang tidak perlu saya beri justikasi atau kongsi. Boleh bawa kemudaratan. Saya mohon semua hormat dengan pendirian saya.

OHMEDIA: NEELOFA MASIH SINGLE LAGI GAIS!

Kredit: Astro Gempak

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.





Apa pandangan anda tentang perkara ini? sila komen di bawah ye! Terima Kasih!!!!
Sumber: Oh! Media

No comments:

Post a Comment