Monday, October 19, 2020

'Netizen sibuk hukum orang, semua acah-acah ahli syurga, dasar manusia munafik' - Alyaa bengang fizikal suaminya dihina netizen

Sejak ditahan SPRM kerana disyaki terbabit dalam sindiket Macau Scam, perjudian online dan pengubahan wang haram yang membabitkan perniagaan golongan artis, pasangan ini banyak menerima kecaman netizen di media sosial.


Sebelum ini, Datin Alyaa, isteri kepada Datuk Addy Kana, pernah menafikan dakwaan tersebut melalui Instastorynya selepas dibebaskan oleh SPRM. 


Menurut Alyaa, dia dan suami tidak terlibat, malah dakwaan di media itu adalah fitnah yang mahu menjatuhkan repustasi mereka. 


LAPORAN BERKAITAN: 'SAYA DAN SUAMI TAK TERLIBAT DENGAN MACAM SCAM' - ALYAA SYUHAILA NAFI TUDUHAN DAN DAKWA DIFITNAH


Dan baru-baru ini juga, Alyaa sekali lagi tampil bersuara kerana bengang dengan netizen yang menghina fizikal suaminya. 


"Asal lari je, suami saya kena tuduh. Siap orang panggil gemok babi bagai! Kenapa keluarga korang takde gemok ke? Tanya je ke muka diorang macam babi?


"Lepas ni apa lagi korang nak tuduh? Terutamanya media yang suka viralkan benda belum sahih. 


"Yang netizen pun sibuk nak menghukum orang lain, semua acah-acah ahli syurga. Sendiri tak tengok cermin, cakap macam takde agama. Dasar manusia munafik. 


"Berhentilah buat cerita bukan-bukan. Biar polis buat siasatan. Kalau dah ada bukti kami (terlibat dalam) Macau Scam, baru korang boleh cakap apa je. 


"Kalau kami ni Macau Scam, buktikan dulu. Kalau kami tak buat scam, boleh jatuh fitnah. Yang menghasut ni pun acah-acah ahli syurga. 


"OKT maksudnya Orang Kena Tangkap tapi belum tentu orang kena tangkap itu bersalah. SPRM jalankan siasatan. Kes ini pun masih dalam siasatan dan kami akan memberi kerjasama sepenuhnya untuk membantu SPRM. 


"Saya pernah cakap sebelum ni, saya dan suami tiada kaitan dengan Macau Scammer ni. Kalau saya menipu duit orang, dah lama saya lari dan tutup IG ni. 


"Tapi orang fitnah kami sana sini, cakap kami Macau Scam. Ada berita TV3 mention nama kami?" katanya.


SPRM kini masih menjalankan siasatan berhubung kes tersebut. Dalam masa yang sama, Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang memburu suspek utama sindiket tersebut yang melarikan diri dengan memanjat pagar bangunan SPRM dengan bantuan tiga pengawal peribadinya. 


Semalam, SPRM juga mendedahkan wujudnya sindiket pelacuran kelas atasan yang membabitkan golongan artis dan instafamous tempatan. Perkara itu diketahui selepas salah seorang suspek dalam kes sindiket Macau Scam dan Perjudian Online itu membuka mulut mengenai perkara tersebut. 


Sumber: Astro Gempak


LAPORAN BERKAITAN


Apa pandangan anda tentang perkara ini? sila komen di bawah ye! Terima Kasih!!!!
Sumber : thereporter.my

No comments:

Post a Comment