Monday, October 12, 2020

Pernah Terima Jam Tangan Dari Shuib, Naim Daniel Enggan Beri Komen


Siapa jer tak kenal pelakon dan penyanyi popular dengan lagu Adakah Engkau Menungguku, Naim Daniel? Baru-baru ini, pihak Astro Gempak telah menghubungi Naim. 

Rupa-rupanya ada cerita berkaitan dengan pelawak dan penyampai radio, Shuib Sepahtu yang dikatakan Naim pernah menerima seutas jam tangan daripada pelawak itu pada sekitar bulan Februari lalu. 

Walaubagaimanapun, dia tidak mahu memberi komen lanjut mengenai hal itu yang memandangkan Shuib masih dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) disebabkan penggubahan wang haram. 

Pihak Astro Gempak juga ada menanyakan kepada Naim sama ada dia mahu memulangkan jam berkenaan ataupun tidak tetapi dia enggan memberi komen dan mendoakan Shuib dan isterinya, Siti Sarah agar dipermudahkan segala urusan. 

Berkenaan hal ini, saya tak mahu komen apa-apa sebab kita pun tak tahu lagi bagaimana penghujungnya nanti. Saya hanya pandang ke hadapan dan mendoakan supaya urusan Shuib dan Sarah dipermudahkan, InsyaAllah. 

Untuk pengetahuan, Shuib pernah memberi jam tangan kesayangannya ketika Naim Daniel ditemu bual di konti radio Hot FM selepas memenangi tempat pertama untuk Anugerah Juara Lagu 34 (AJL34).

OHMEDIA: KALAU KORANG JADI NAIM, KORANG BUAT APA?

Kredit: Astro Gempak

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media. 

Apa pandangan anda tentang perkara ini? sila komen di bawah ye! Terima Kasih!!!!
Sumber: Oh! Media

No comments:

Post a Comment