Wednesday, October 28, 2020

Pesakit wanita alami masalah pernafasan, dirogol di hospital


Seorang wanita berusia 21 tahun dimasukkan ke sebuah hospital di Gurugram, India pada 21 Oktober lalu kerana mengalami masalah pernafasan, mendakwa dia telah dirogol oleh seorang lelaki ketika berada dalam keadaan tidak sedar semasa menerima rawatan dari 21 hingga 27 Oktober. 


Mangsa yang tersedar pada hari terakhir rawatan, terus menceritakan kejadian yang menimpanya itu kepada bapanya yang kemudian terus segera membuat laporan polis pada 27 Oktober 2020.


Mangsa dilaporkan memberi tiga keping surat kepada bapanya dan memaklumkan lelaki yang merogolnya itu dikenali sebagai Vikas. Tetapi masih belum diketahui sama ada lelaki terbabit adalah kakitangan hospital atau sebaliknya. 


Selepas mendapat laporan itu, polis terus bergegas ke hospital untuk mengambil keterangan mangsa. Tetapi doktor tidak mengizinkan kerana mangsa berada dalam keadaan yang tidak stabil untuk memberi keterangan. 


Deputi Komisioner Polis, Maqsood Ahmad berkata, pihaknya sedang menyiasat kes itu dan video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) premis hospital iut juga sedang diperiksa. 


"Keadaan mangsa tidak mengizinkan untuk diambil keterangan. Kita akan ambil keterangan mangsa selepas doktor berikan kebenaran.


"Kes sedang disiasat. Ibu bapa mangsa juga tidak pasti sama ada suspek adalah kakitangan hospital atau bukan. Kami juga menyoal siasat pihak pengurusan hospital mengenai kejadian ini. Situasi akan menjadi lebih jelas selepas mangsa memberi keterangannya. Siasatan lanjut sedang dijalankan," katanya. 


Sumber: Gulf News


Apa pandangan anda tentang perkara ini? sila komen di bawah ye! Terima Kasih!!!!
Sumber : thereporter.my

No comments:

Post a Comment