Wednesday, October 7, 2020

Seorang guru di SMK Taman Sea disahkan positif Covid-19

Pengarah Pendidikan Selangor, Izmi Ismail mengesahkan seorang guru SMK Taman Sea, Petaling Jaya disahkan positif Covid-19 hari ini. 


Difahamkan, guru terbabit adalah kontak rapat kepada seorang pesakit Covid-19 di Kelantan dan dia disahkan positif selepas menjalani ujian saringan kali ketiga pada 5 Oktober lalu. 


Sebelum itu, guru terbabit telah menjalani kuarantin diri sejak 30 September lalu dan ujian saringan pertama dan kedua didapati negatif.


Berikutan itu, Pejabat Kesihatan Daerah Petaling mengarahkan semua murid dari kelas 1C, 2K, 2B dan 2J serta beberapa orang guru untuk menjalani kuarantin di rumah sementara menunggu ujian swab.


Pihak Jabatan Pendidikan Selangor masih menunggu arahan dari Pejabat Kesihatan Daerah dan Kementerian Kesihatan Malaysia untuk tindakan lanjut dan setakat ini hanya kelas yang terjejas sahaja ditutup. 


Sumber: Sinar Harian


Apa pandangan anda tentang perkara ini? sila komen di bawah ye! Terima Kasih!!!!
Sumber : thereporter.my

No comments:

Post a Comment