Friday, October 2, 2020

Seorang Lelaki Pakistan Direman Selepas Rogol Pekerja

Nasib malang menimpa seorang wanita berusia 21 tahun selepas dipaksa minum arak sebelum dirogol oleh majikannya yang merupakan lelaki warga pakistan. Wanita tersebut dikatakan khayal selepas minum arak yang diberikan lelaki berusia 24 tahun itu, seterusnya dirogol di dalam stor. 

Kejadian tersebut berlaku ketika waktu bekerja dan mangsa tetap dibayar gaji pada hari yang sama. Untuk pengetahuan korang,  mangsa mengalami pendarahan di bahagian kemaluan sehingga menyebabkan mangsa pengsan. 

Mangsa kemudian dibawa ke Klinik Kesihatan Sungai-Sungai untuk pemeriksaan lanjut dan hasilnya terdapat koyakan  pada kemaluan mangsa. Oleh yang demikian, majikannya telah ditahan oleh pihak polis untuk direman mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan. 

OHMEDIA: SEMOGA PELAKU TERIMA HUKUMAN YANG SETIMPAL

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca seorang lelaki Pakistan direman selepas rogol pekerja di Facebook Oh! Media



Apa pandangan anda tentang perkara ini? sila komen di bawah ye! Terima Kasih!!!!
Sumber: Oh! Media

No comments:

Post a Comment