Saturday, October 3, 2020

Tiada Keperluan Untuk Laksanakan PKP Buat Masa Ini


Semalam saja sebanyak 287 kes baru direkodkan dijangkiti wabak Covid-19. Mesti ramai yang tak senang duduk sekarang ni sebab risaukan kerajaan akan laksanakan PKP balik disebabkan bilangan kes jangkitan makin bertambah di Malaysia

Menurut Harian Metro, buat masa ini kerajaan tidak akan mengisytiharkan PKP dan juga larangan merentas negeri ataupun daerah kata Daruk Seri Ismail Sabri Yaakob. Ianya disebabkan masih tiada keperluan lagi untuk mengadakan larangan untuk rentas negeri. 

Ismail Sabri juga berkata yang takkan disebabkan satu atau dua kes di sesebuah negeri tu, kita terpaksa nak adakan lockdown. Tetapi, sekatan akan dijalankan hanya di kawasan zon merah saja.

Walaubagaimanapun, kerajaan telah mengingatkan berulang kali kepada rakyat Malaysia supaya terus mematuhi SOP yang telah dibuat, jadi korang perlulah bekerjasama juga bagi mencegah wabak ini dari dijangkiti.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca PKP tidak akan dilaksanakan buat masa ini di Facebook Oh! Media.

Apa pandangan anda tentang perkara ini? sila komen di bawah ye! Terima Kasih!!!!
Sumber: Oh! Media

No comments:

Post a Comment