Friday, October 2, 2020

(Video) Lelaki maut ketika selenggara lif flat mampu milik di Presint 9, Putrajaya

Seorang pekerja penyelenggaraan maut tersepit ketika sedang melakukan kerja-kerja menyelenggara lif bomba di Pangsapuri Putra Harmoni, Presint 9 di sini hari ini.


Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Putrajaya Hafizal Mohd Razali, yang mengesahkan kejadian ketika dihubungi hari ini, berkata lelaki berumur 36 tahun itu meninggal dunia di tempat kejadian.


Beliau berkata pasukan Bomba dan Penyelamat Putrajaya, yang tiba di tempat kejadian pada 12.23 tengah hari selepas menerima panggilan kecemasan pada kira-kira 12.20 tengah hari berhubung kejadian itu, mengambil masa setengah jam untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit.


Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan, katanya.



Sumber: Bernama


Apa pandangan anda tentang perkara ini? sila komen di bawah ye! Terima Kasih!!!!
Sumber : thereporter.my

No comments:

Post a Comment