Friday, October 23, 2020

(Video) 'Nak pergi vet pun kena ada surat pergerakan ke? Polis ni tak rilek langsung' - Tweet viral undang kecaman netizen

Umum tahu kerajaan telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersasar (PKPB) di Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor dan Sabah bagi mengekang penularan wabak Covid-19 yang mencatatkan peningkatan mendadak sejak tamat PRN Sabah. 


SOP PKPB menetapkan, orang awam yang tidak mempunyai kepentingan untuk berada di luar rumah di minta duduk di rumah dan hanya mereka yang mempunyai surat keizinan dari pihak berkuasa atau majikan untuk keluar berkerja dan merentas sempadan. 


Bagaimanapun, masih ada yang melanggar PKPB dengan memberi alasan-alasan yang tidak munasabah yang mana perkara itu boleh ditangguhkan buat sementara waktu seperti yang viral di media sosial semalam.


"Nak pergi vet pun kena ada surat pergerakan ke? Polis ni tak rilek langsung," demikian tweet seorang pengguna Twitter yang memuat naik video Tik Tok berdurasi satu minit menunjukkan dua wanita diarahkan berhenti ketika melalui satu Sekatan Jalan Raya (SRJ) di lokasi yang tidak dinyatakan.


Ketika disoal anggota bertugas, pemandunya memaklumkan dia dalam perjalanan menghantar kucing peliharaannya ke Klinik Veterinar. Anggota terbabit kemudian meminta pemandu menyerahkan kad pengenalan dan lesen memandu untuk diperiksa. 


Dalam kesibukan mencari dua benda tersebut, tiba-tiba wanita itu bertanya adakah anggota berkenaan ada meminta mereka memberhentikan kenderaan sebelum itu. 


"You suruh berhenti ke tadi?"


"Semua orang boleh berhenti, kenapa awak tak boleh berhenti?" balas anggota berkenaan. 


"Aik? I was stop. I.." 


"Stop dekat mana?" 


"I stop dekat.." 


"Saya berdiri dekat mana, awak stop dekat mana? Takkan saya kena pergi dekat awak berhenti situ. Haaa!" 


"I'm so sorry, I'm so sorry. Oh my god. You can just say it properly..." kata pemandu itu dan menyerahkan dua benda yang diminta oleh anggota itu tadi. 


"Dengan surat pergerakan," kata anggota itu lagi. 


"Sorry? I just want to go to the vet  because of my cat," jelasnya. 



Sementara itu, ada netizen yang berpandangan insiden itu berpunca dari mereka yang mempersoalkan tindakan anggota itu meminta mereka berhenti. 



Tetapi ada juga yang menyebelahi pemandu wanita itu.



Sumber: Twitter


Apa pandangan anda tentang perkara ini? sila komen di bawah ye! Terima Kasih!!!!
Sumber : thereporter.my

No comments:

Post a Comment