Friday, October 16, 2020

(Video) "U buka baju, u polis mana?!' - Biadab! 4 lelaki mabuk cabar anggota peronda, ditahan polis

Bukan sahaja biadab, malah jelas sekali dua lelaki ini menunjukkan kebodohan diri ketika berada di bawah pengaruh alkohol dengan cubaan memprovokasi seorang anggota polis yang menasihatkan mereka untuk beredar dari tempat kejadian. 


Dalam insiden yang berlaku pada jam 3.30 pagi Jumaat (16/10/2020), dua anggota polis peronda berkenaan datang ke lokasi berhampiran Plaza Tol Slim River ekoran berlaku kekecohan yang membabitkan empat lelaki dipercayai mabuk dan berbuat bising. 


Ketika sampai di lokasi, dua anggota terbabit mendapati empat lelaki itu berada di luar sebuah kenderaan jenis Perodua Alza berwarna putih. 


Anggota berkenaan kemudian meminta kad pengenalan mereka bagi tujuan pemeriksaan sebelum meminta mereka beredar dan tidak berbuat bising. 


Malangnya, dua daripada mereka terus mengamuk dan menyerang anggota dengan menolak serta melemparkan kata-kata kesat seperti "L*nc*u lu polis! P***mak polis!" berulang kali. 


Dua suspek juga menghalang anggota berkenaan menjalankan tugas dan kejadian itu disaksikan sendiri oleh rakan setugasnya. 


Keadaan menjadi semakin tegang dan anggota berkenaan memberi amaran kepada dua suspek untuk menjauhkan diri darinya tetapi tidak diendahkan, menyebabkan anggota itu terpaksa mengeluarkan senjata bagi tujuan mempertahankan diri sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini. 


Salah seorang dari suspek membuat rakaman video dipercayai dengan niat cuba memburukan imej anggota polis yang sedang bertugas. Dalam video itu, dapat dilihat dua suspek terbabit tidak berhenti cuba memprovok anggota itu yang hanya menjalankan tugasnya. 


Dua anggota dari Unit Peronda Lebuhraya dipanggil ke lokasi kejadian dan kesemua suspek telah ditahan dan dibawa ke Balai Polis Slim River untuk siasatan lanjut. 



Sumber: Info Roadblock JPJ/POLIS


Apa pandangan anda tentang perkara ini? sila komen di bawah ye! Terima Kasih!!!!
Sumber : thereporter.my

No comments:

Post a Comment