Wednesday, October 7, 2020

Xtra, Xtra, Xtra! Apa Yang Xtranya Di Watsons Bulan Ni Hingga XTRA OKTOBER?

 


Oktober adalah bulan kesedaran untuk kanser payudara memandangkan masih ramai yang kurang sedar mengenai pembunuh senyap itu. Ramai yang hanya menyedari menderita penyakit itu setelah didiagnos pada tahap terakhir.

Watsons menyambut bulan kesedaran kanser payudara bulan ini dengan tema Xtra OKtober. Pelbagai tawaran menarik disediakan untuk pelanggan setianya dengan Xtra Savings, Xtra Protection dan Xtra Care.

XTRA SAVINGS


Untuk bulan ini, Watsons ada tawaran pembelian dengan pembelian (PWP) sehingga 50%. Apa yang lagi best, boleh dapatkan baucar RM10 percuma daripada jenama terlibat. Siapa je tak nak kan? Check out jenama apa yang korang boleh borong di SINI.


Apa yang perlu korang buat adalah berbelanja minimum RM50 dan ke atas. Ahli Watsons akan mendapat semula maksimum 1,000 point (RM5) apabila berbelanja di kedai Watsons seluruh negara atau pun secara online. Nak tahu lebih lanjut? Baca terma dan syarat di SINI.

XTRA CARE

Sebagai tanda sokongan dan prihatin buat pejuang kanser payudara, setiap pembelian bagi jenama terlibat, sebahagiannya akan didermakan kepada Breast Cancer Welfare Association (BCWA) Malaysia.

Badan ini ditubuhkan sejak 1986 oleh pakar-pakar perubatan yang menyedari kepentingan sokongan moral sesama rakan senasib bagi penderita kanser payudara.

BCWA menyediakan sokongan emosi, sosial dan material untuk mereka yang didiagnos dengan kanser ini. Selain itu, mereka juga berkongsi cara pengurusan diri ketika dan selepas rawatan. Mereka juga berjuang mendidik masyarakat mengenai kesihatan secara am selain pengesanan awal kanser payudara.

Dalam menyampaikan kepentingan pemeriksaan payudara sendiri, Watsons juga menyediakan video kesedaran menampilkan Youtuber, Jenn Chia. Mesej penting itu disampaikan dalam bentuk komedi supaya mudah difahami terutamanya bagi golongan wanita. Lucu dan tak kering gusi menyaksikan telatah Auntie Siow ‘menyekolahkan’ anaknya mengenai ‘chicken breast’.

XTRA PROTECTION

Ahli Watsons juga akan mendapat insurans hayat Prudential Life secara percuma! Terdapat juga perlindungan khas daripada pandemik Covid-19 bagi ahli Watsons tau! Untuk info lanjut boleh ke SINI.

Selain tu, untuk ahli Watsons juga, ada berita baik untuk korang. Tahu tak korang berpeluang menebus 100,000,000 point Watsons! Yes, SERATUS JUTA guys! Banyak tu.

Watsons juga dengan bermurah hati nak belanja #KakiWatsons sekalian baucar yang boleh digunakan dengan hanya perlu tunjukkan kepada cashier masa nak bayar. Boleh download baucar-baucar untuk berjimat DI SINI.

Jom #KakiWATSONS, apa tunggu lagi, nikmati XTRA SAVINGS, XTRA CARE dan XTRA PROTECTION di kedai Watsons seluruh negara dan juga online!



Apa pandangan anda tentang perkara ini? sila komen di bawah ye! Terima Kasih!!!!
Sumber: Oh! Media

No comments:

Post a Comment