Monday, November 2, 2020

Aliff Syukri mohon SPRM lepaskan asetnya, nafi terbabit dalam sindiket Macau Scam


Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman dilaporkan sedang membuat rayuan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi melepaskan aset-asetnya yang telah dibekukan. 


Surat rayuan yang dikemukakan oleh dua peguamnya kepada Ketua Pengarah SPRM, Datuk Seri Azam Baki, memohon agar aset milik Aliff dan isterinya, Nur Shahida Mohd Rashid yang disita pada 1 Oktober 2020 dilepaskan. 


Hassahahari Johari Mawi dan Mohd Tajuddin Abdul Razak adalah peguam yang dilantik bagi menguruskan hal ehwal perundangan yang berkaitan dengan pasangan berkenaan. 


Berdasarkan surat rayuan itu, permohonan perlepasan aset-aset itu dibuat mengikut peruntukkan Seksyen 44(1) Akta Penggubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan (Akta 613).


Aliff Syukri sebelum itu menafikan dakwaan dirinya terbabit dalam sindiket Macau Scam. Tegas Aliff, dia sentiasa berusaha keras mencari rezeki yang halal, selain turut berusaha membantu golongan lain yang terjejas akibat pandemik Covid-19. 


Selain itu, Aliff juga meminta orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi dan dakwaan yang tidak benar terhadap perniagaan yang dijalankannya secara halal itu. 


"Penatlah, ramai yang pelik kenapa saya senang. Orang tak tahu saya berusaha siang malam, pagi dan petang mencari rezeki halal. Syukur rezeki saya tak putus walaupun pada musim Covid-19. 


"Berfikir biar bijak sikit, jangan nak menuduh saya buat Macau Scam. Hangpa kalau tuduh, saya pancau nanti," katanya dalam satu klip video yang dimuat naik. 


Sumber: Malaysia Gazette


Apa pandangan anda tentang perkara ini? sila komen di bawah ye! Terima Kasih!!!!
Sumber : thereporter.my

No comments:

Post a Comment