Wednesday, November 11, 2020

Buaya tembaga terperangkap dalam parit, ditangkap (8 Gambar)


Seekor buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter ang berada di dalam parit di Taman Perumahan St Edmund, Limbang, ditangkap dan dibawa ke kawasan yang selamat, pagi semalam. 


Menurut jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Limbang, reptilia itu ditemui tersesat dalam parit pada jam 11 malam Selasa, menimbulkan rasa bimbang penduduk di perumahan itu lalu menghubungi pihaknya untuk meminta bantuan pada keesokan hari. 


Jam 8.25 pagi, sepasukan bomba dikerahkan ke lokasi kejadian dan menangkap serta mengikat haiwan itu dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) untuk memindahkan buaya itu. 


Pasukan Bomba dan tujuh anggota SFC mengambil masa lebih kurang hampir satu jam untuk mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakan forklift dan diletakkan dalam kenderaan khas sebelum di bawa ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. 



Sumber: Harian Metro


Apa pandangan anda tentang perkara ini? sila komen di bawah ye! Terima Kasih!!!!
Sumber : thereporter.my

No comments:

Post a Comment